📦 Penghantaran Ke Seluruh Malaysia | Custom Order: Klik di sini
Soalan Lazim
Frequently Asked Questions
Jika soalan anda tidak terjawab di sini, sila hubungi kami terus melalui WhatsApp — kami sedia membantu.
Produk & Saiz
Denim selvedge ditenun menggunakan shuttle loom tradisional yang menghasilkan tepi kain yang kemas dan tidak berjumbai. Prosesnya lebih perlahan, hasilnya lebih padat, lebih tahan lama, dan menghasilkan fading pattern yang unik selepas dipakai berulang kali. Jeans biasa ditenun secara massal dan lebih cepat lusuh.
Kami menawarkan 12 pilihan fabrik denim selvedge premium dari Jepun, merangkumi ketebalan 8oz hingga 22oz. Setiap fabrik mempunyai tekstur, berat, dan karakter fading yang berbeza. Hubungi kami melalui WhatsApp untuk panduan pemilihan fabrik yang sesuai.
Untuk Ready Stock, sila rujuk Panduan Saiz kami yang mengandungi ukuran pinggang, peha, lutut, dan panjang kaki. Cara paling mudah — ukur jeans anda yang paling selesa dan hantar ukuran tersebut kepada kami. Untuk Make to Order, kami akan ambil ukuran badan anda secara tepat.
Ya, denim raw/selvedge yang belum dibasuh akan mengecut 1 hingga 2 inci pada pinggang selepas basuhan pertama. Ia akan stretch semula selepas 2–3 hari pemakaian. Kami sarankan basuh dengan air sejuk dan jangan masuk dryer untuk mengekalkan bentuk jeans.
Make to Order / Custom
(1) Hubungi kami melalui WhatsApp untuk konsultasi awal. (2) Pilih fabrik, butang, rivet, dan patch. (3) Berikan ukuran badan anda. (4) Buat bayaran deposit 50%. (5) Jeans anda akan siap dalam 2 hingga 4 minggu dan dihantar terus ke alamat anda.
Anda boleh pilih: 12 pilihan fabrik (8oz–22oz), 4 jenis butang, 7 jenis rivet, dan 2 design leather patch. Potongan (slim, regular, tapered), panjang kaki, dan detail lain juga boleh ditentukan. Setiap helai dijahit khas untuk anda seorang.
Masa siap adalah antara 2 hingga 4 minggu dari tarikh deposit diterima dan ukuran disahkan. Masa ini mungkin lebih lama semasa musim perayaan. Kami akan maklumkan status terkini melalui WhatsApp sepanjang proses.
Ya, anda dialu-alukan ke bengkel kami di Rawang, Selangor. Sila buat temujanji dahulu melalui WhatsApp sebelum datang. Kunjungan terus membolehkan anda menyentuh dan memilih fabrik secara fizikal.
Penghantaran & Bayaran
Ready Stock dihantar dalam 1 hingga 2 hari bekerja selepas pembayaran disahkan. Penghantaran ke seluruh Malaysia menggunakan kurier berdaftar. Nombor tracking akan dihantar melalui WhatsApp sebaik sahaja parsel dipos.
Semenanjung Malaysia: RM8 – RM12 (2–3 hari bekerja). Sabah & Sarawak: RM12 – RM18 (3–5 hari bekerja). Penghantaran percuma untuk pesanan melebihi RM500 ke Semenanjung Malaysia.
Kami menerima kad kredit/debit, FPX (online banking), e-wallet (Touch 'n Go, GrabPay), dan transfer bank. Untuk Make to Order, deposit 50% diperlukan untuk memulakan proses jahitan.
Pertukaran saiz dibenarkan dalam tempoh 7 hari selepas menerima pesanan, tertakluk kepada ketersediaan stok. Jeans mestilah belum dibasuh, belum dipakai, dan semua tag masih ada. Sila rujuk Polisi Pemulangan kami untuk maklumat penuh. Make to Order tidak boleh dipulangkan kerana dijahit khas mengikut ukuran anda.
Alter & Repair
Ya! Kami menawarkan servis Alter & Repair untuk semua jenis jeans — bukan jeans Hazani sahaja. Servis termasuk ubah saiz pinggang, pendek/panjangkan kaki, baiki zip rosak, tampal koyakan, dan lebih lagi. Hubungi kami untuk sebut harga.
(1) WhatsApp kami dengan gambar jeans dan terangkan apa yang perlu diubah. (2) Kami berikan sebut harga dan arahan penghantaran. (3) Pos jeans ke bengkel kami di Rawang. (4) Selepas siap, kami hantar balik ke alamat anda. Kos penghantaran pergi-balik ditanggung pelanggan.
Bergantung kepada jenis kerja, masa siap biasanya antara 3 hingga 7 hari bekerja selepas jeans diterima. Anggaran masa yang lebih tepat akan diberikan selepas kami melihat keadaan jeans anda.
If your question isn't answered here, please contact us directly via WhatsApp — we're happy to help.
Products & Sizing
Selvedge denim is woven using a traditional shuttle loom that produces a clean, self-finished edge that won't fray. The process is slower, resulting in denser, more durable fabric that develops a unique fading pattern with repeated wear. Regular jeans are mass-produced and wear out faster.
We offer 12 premium Japanese selvedge denim fabrics, ranging from 8oz to 22oz in weight. Each fabric has its own texture, weight, and fading character. Contact us via WhatsApp for guidance on choosing the right fabric for your needs.
For Ready Stock, please refer to our Size Guide which includes waist, thigh, knee, and inseam measurements. The easiest way — measure your most comfortable pair of jeans and send those measurements to us. For Make to Order, we will take your exact body measurements.
Yes, raw/unwashed selvedge denim will shrink 1 to 2 inches at the waist after the first wash. It will stretch back after 2–3 days of wear. We recommend washing in cold water and avoiding the dryer to maintain the shape of your jeans.
Make to Order / Custom
(1) Contact us via WhatsApp for an initial consultation. (2) Choose your fabric, buttons, rivets, and patch. (3) Provide your measurements. (4) Pay a 50% deposit. (5) Your jeans will be ready in 2 to 4 weeks and shipped directly to your address.
You can choose: 12 fabric options (8oz–22oz), 4 button styles, 7 rivet types, and 2 leather patch designs. Cut (slim, regular, tapered), leg length, and other details can also be specified. Every pair is sewn exclusively for you.
Completion time is between 2 to 4 weeks from the date the deposit is received and measurements confirmed. This may be longer during festive seasons. We will keep you updated via WhatsApp throughout the process.
Yes, you are welcome to visit our workshop in Rawang, Selangor. Please make an appointment first via WhatsApp before coming. A direct visit allows you to touch and choose fabrics in person.
Shipping & Payment
Ready Stock is shipped within 1 to 2 working days after payment is confirmed. Delivery covers all of Malaysia via registered courier. A tracking number will be sent via WhatsApp once the parcel is dispatched.
Peninsular Malaysia: RM8 – RM12 (2–3 working days). Sabah & Sarawak: RM12 – RM18 (3–5 working days). Free shipping for orders above RM500 to Peninsular Malaysia.
We accept credit/debit cards, FPX (online banking), e-wallets (Touch 'n Go, GrabPay), and bank transfer. For Make to Order, a 50% deposit is required to begin the sewing process.
Size exchanges are allowed within 7 days of receiving your order, subject to stock availability. Jeans must be unwashed, unworn, with all tags attached. Please refer to our Return Policy for full details. Make to Order cannot be returned as each pair is sewn to your specific measurements.
Alter & Repair
Yes! We offer Alter & Repair services for all types of jeans — not just Hazani Jeans. Services include waist adjustment, leg lengthening/shortening, zip repair, patching tears, and more. Contact us for a quote.
(1) WhatsApp us with a photo of your jeans and explain what needs to be done. (2) We will provide a quote and shipping instructions. (3) Post your jeans to our workshop in Rawang. (4) Once completed, we will ship them back to your address. Return shipping costs are borne by the customer.
Depending on the type of work, completion time is usually between 3 to 7 working days after the jeans are received. A more accurate estimate will be given after we assess the condition of your jeans.
